Thursday, October 23, 2008

Menjadi Muslimah YANG IKHLAS

Sebagai seorang wanita muslimah, ibadah yang perlu kita lakukan kerana keperluannya terhadap Allah sebagai tempat sandaran hati dan jiwa, sekali gus tempat memohon pertolongan dan perlindungan. dan ketahuilah bahawa ikhlas merupakan salah satu syarat diterimanya amal seorang muslimah, di samping dia harus mencontoh gerak dan ucapan Rasulullah (saw) dalam ibadahnya.

Ikhlas adalah meniatkan ibadah seorang muslimah hanya untuk mengharap keredhaan Allah semata-mata dan tidak menjadikan sekutu bagi Allah dalam ibadah tersebut

Ibadah yang dilakukan untuk yang selain dari Allah adalah syirik dan ibadah yang dilakukan dengan yang demikian oleh-Nya. Misalnya menyembah berhala di samping menyembah Allah atau dengan ibadah kita mengharapkan pujian, harta, kedudukan dunia, dan lain-lain. Syirik merosakkan kejernihan ibadah dan menghilangkan keikhlasan dan pahalanya.

Abu Umamah meriwayatkan, seseorang telah menemui Rasulullah (SAW) dan bertanya, "Bagaimana pendapatmu tentang seseorang yang berperang untuk mendapatkan upah dan pujian? Apakah ia mendapat pahalanya?"

Baginda menjawab, "ia tidak mendapat apa-apa."

Orang tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali, dan Rasulullah saw tetap menjawab, "ia tidak akan mendapat apa-apa. "lalu baginda bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak menerima satu amal, kecuali jika dikerjakan dengan penuh keikhlasan kepada-Nya dan mengharapkan keredhaan-Nya."

Ikhlas bukanlah perkara yang mudah dilakuakan. ikhlas adalah membersihkan hati daripada segala kekotoran, sedikit ataupun banyak, sehingga tujuan ibadah adalah murni kerana Allah AWT.

Ikhlas hanya akan datang dari seorang muslimah yang mencintai Allah dan menjadikan Allah sebagaai satu-satunya sandaran dan harapan. namun kebanyakan wanita pada zaman sekarang mudah tergoda dengan gemerlapan dunia dan mengikuti keinginan nafsunya.padahal nafsu akan mendorong seorang muslimah untuk lalai berbuat ketaatan dan tenggelam dalam kemaksiatan, yang akhirnya akan menjerumuskan dia pada jalan kehancuran di dunia dan di akhirat kelak.

Ingatlah bahawa Allah sentiasa menyanyangi hamba-Nya, selalu memberikan rahmat kepada mereka dan suka jika hamba-Nya kembali kepada-Nya. Allah sentiasa menolong seorang muslimah yang berusaha mencari keredhaan dan ikhlas dalam amal.

SENTIASA BERUSAHA DAN BERLATIH UNTUK MENJADI ORANG YANG IKHLAS...
ANTARA CARA UNTUK IKHLAS IALAH:
*menghilangkan ketamakan terhadap dunia dan berusaha agar hati selalu fokus kepada janji
Allah, bahawa Allah akan memberikan balasan berupa kenikmatan abadi di syurga dan
menjauhkan kita dari api neraka
*berusaha menyembunyikan amalan kebaikan dan ibadah agar tidak menarik perhatian
untuk dilihat dan didengar orang, sehingga mereka memujimu.
*belajar dari generasi terdahulu yang berusaha ikhlas agar mendapat redha Allah.

Satu kisah untuk tatapan kalian semua para muslimah:
dahulu ada penduduk Madinah yang mendapat sedekah daripada orang yang tidak diketahui, hingga akhirnya sedekah itu berhenti bertepatan dengan sepeninggalnya Ali bin Al Huasin. Orang -orang yang memandikan beliau tiba-tiba melihat bekas-bekas menghitam dipunggung beliau dan bertanya, "Apa benda ini?" Sebahagian menjawab " beliau biasa memikul karung gandum di waktu malam untuk dibahagikan kepada orang -orang fakir di Madinah". Akhirnya mereka tahu siapa yang selama ini suka memberikan sedekah kepada mereka. ketika hidupnya Ali bin Husain pernah berkata, "sesungguhnya sedekah yang dilakukan secara diam-diam dapat memadamkan kemurkaan Allah".

Janganlah engkau menjadikan orang-orang yang meremehkan keikhlasan dan lalai darinya. kelak pada hari kiamat orang-orang yang lalai akan mendapati kebaikan-kebaikan mereka telah berubah menjadi keburukan. Ibadah mereka tidak diterima Allah sedangkan mereka juga mendapat balasan berupa api neraka akibat dosa syirik mereka kepada Allah.

bersabar dalam belajar untuk menjadi ikhlas. Palingkan wajahmu daripada pujian manusia dan kilauan dunia. Sesungguhnya dunia ini fana dan akan hancur, maka sia-sia ibadah yang engkau lakukan di dunia, sedangkan di akhirat adalah kekal, kenikmatannya juga siksanya. bersabarlah di dunia yang hanya sebentar, kerana kita tidak mampu bersabar dengan siksa api neraka walau hanya sebentar.

" Manusia dan seluruh isi alam ini diciptakan dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah.
Seperti mana firman Allah yang bermaksud, "Tidaklah aku ciptakan jin dan
manusia kecuali untuk menyembah -Ku" (Adz Dzariyat 56)

Thursday, October 16, 2008